Tuesday, January 30, 2007

Pengenalan: Siapakah Kanak-kanak Awal???

Kanak-kanak awal ialah golongan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 7 tahun. Semasa peringkat ini, perkembangan kanak-kanak adalah sangat pantas dan pesat. Kanak-kanak akan mengalami perkembangan dari segi fizikal, kognitif dan bahasa. Mereka akan lebih berkeupayaan untuk menjaga diri sendiri, mula membina konsep kendiri dan identiti jantina serta peranannya. Selain itu, mereka juga akan mula berminat untuk bermain dengan kanak-kanak yang lain. Pada peringkat ini, kualiti ibu bapa dalam perhubungan dengan anak-anak adalah penting dalam proses sosialisasi yang mula mengambil alih. :)


Kita akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai kanak-kanak awal pada peringkat seterusnya pada masa akan datang...Tunggu...