Saturday, March 17, 2007

KASIH SAYANG

Belaian kasih sayang amat diperlukan dalam membina sebuah keluarga walau sekalipun berlaku keretakan di dalam rumah tangga ataupun kehidupan seorang ahli keluarga. Bagaimanapun, kekosongan ini mesti diisikan supaya anak selamat.

Di dalam keluarga berangkai, anak-anak ini dikelilingi oleh ahli keluarga lain seperti datuk, nenek ataupun ibu dan bapa saudara yang memberikan perhatian serta melimpahkannya dengan kasih sayang di saat-saat kesukaran seperti ini.

Nilai-nilai murni serta semangat kekeluargaan yang diterapkan oleh datuk, nenek serta ahli keluarga lain dapat membantu anak ini merasakan bahawa dirinya berharga dan penting. Ikatan yang kuat di dalam keluarga berangkai inilah yang akan dapat memantapkan emosi anak ini.

Dengan berkongsi nilai, tradisi, adat serta adab antara generasi, ikatan kekeluargaan dapat dikukuhkan lagi dan kekosongan jiwa anak ini akan terisi.

Secebis kata,setulus rasa untukmu ibu dan bapa...Petikan kata-kata dari “ilmuna”...

KOMUNIKASI
'Perkara penting di dalam komunikasi adalah keupayaan mendengar apa yang tidak diucapkan'
- Peter F. Drucker

Komunikasi merangkumi pertuturan, ekspresi wajah dan juga pergerakan badan. Tetapi, 93% daripada sistem komunikasi adalah suara, pergerakan badan serta intonasi. Ini bermakna untuk mendengar apa yang dituturkan, anda harus mendengar apa yang tidak dituturkan.

Perubahan pada ekspresi wajah anak dan tingkah lakunya tidak harus diambil ringan. Ibu bapa harus peka dengan perubahan sikap anak-anak ini. Ada kalanya, anak-anak tidak mahu berterus-terang untuk menceritakan apa yang telah dilaluinya, sama ada baik mahupun buruk.

Perubahan yang dipamerkan ini adalah gambaran tentang masalah dan pergolakan yang mungkin dihadapi oleh anak. Jika perubahan pada sikap atau kelakuannya berlaku secara tiba-tiba, tindakan yang sewajarnya diambil oleh ibu bapa adalah untuk menyiasat apa yang telah berlaku.

Sebaik-baiknya, ibu bapa boleh duduk berbincang dengan anak secara empat mata, dan hati ke hati. Tumpukan kepada isu yang penting, iaitu masalahnya. Jangan dihakiminya atau memberikan nasihat dengan melulu. Dengarkanlah rintihan hatinya dengan minda yang terbuka.

Dengan cara begini, anak dapat merasakan bahawa ibu bapa mengambil berat untuk menyelesaikan masalahnya bersama-sama. Jangan biarkan anak itu mencari penyelesaian di luar rumah kerana ia bukanlah suatu kepastian bahawa anak itu akan dapat mencari ketenangannya di luar.

Isu??? Penceraian ibu bapa

Masalah keruntuhan rumah tangga atau penceraian tidak boleh lagi dipandang ringan kerana ia telah membawa kesan yang negative terhadap perkembangan kanak-kanak terutamanya dari aspek sosial dan emosi.

Kanak-kanak amat menderita apabila ibu bapa mereka berpisah. Pelbagai perasaan yang bercampur baur akan dialami oleh kanak-kanak seperti terkejut, sedih, keliru, marah, benci, kecewa, gagal dan ragu-ragu. Kesan peceraian ini adalah mencakupi kesan terhadap emosi, sosial dan tahap pencapaian dalam persekolahan.

Tindak balas kanak-kanak terhadap penceraian mengikut perkembangan usia mereka (Hetherington, 1986) Bagi kanak-kanak awal atau prasekolah( 2- 6 ½ tahun) kebiasaannya mereka akan merengek, menangis, tidak boleh tidur, kencing malam dan bagi yang lebih berusia (4 tahun ke atas) menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif seperti suka bergaduh. Mereka berasa bersalah dan menganggap diri mereka menjadi punca kepada penceraian ibu bapa. Mereka mempunyai dua jenis fantasi iaitu sama ada mereka akan terus ditinggalkan atau ibu bapa mereka akan berbaik semula.

‘Keruntuhan keluarga melahirkan generasi yang merosakkan dan kekosongan jiwa akibat tiada belaian kasih sayang.’- Mustafa Hj. Daud

Isu??? Pendidikan Prasekolah

Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan awal bagi kanak-kanak sebelum mereka memasuki alam persekolahan yang sebenar. Guru prasekolah mempunyai tanggungjawab yang penting dalam mendorong atau merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak dengan berbagai-bagai cara. Kesan pendidikan prasekolah terhadap perkembangan kanak-kanak tidak mudah dilihat kerana kepelbagaian program sekolah itu sendiri. Menurut Clarke-Steward dan Fein (1983), kanak-kanak yang menghadiri prasekolah;

# Lebih kerap berinteraksi dengan rakan sebaya, tidak kira sama ada sedara positif atau negatif

# Kurang bekerjasama dan kurang bergerak balas dengan orang dewasa berbanding dengan mereka tidak mengikuti prasekolah.

# Dikatakan mempunyai kelebihan dari segi kecekapan sosial dan lebih matang apabila mereka menunjukkan ciri-ciri keperibadian seperti lebih yakin, ekstravert, asertif, berdikari, ekspresif, berpengetahuan tentag dunia sosial dan selesa dalam situasi sosial dan mnghadapai tekana dan mempunyai penyesuaian yang lebih baik ketika memasuki sekolah (contoh: menunjukkan ketekunan dalam pelaksanaan tugas, kepimpinan dan bermatlamat)

# Dikatakan kurang mempunyai kecekapan sosial kerana mereka turut menunjukkan ciri-ciri tingkah laku seperti kurang sopan, suka bercakap dengan kuat, kurang patuh kepada arahan guru, lebih agresif dan suka mengarah atau bossy, terutamanya jika tingkah laku mereka mendapat sokongan guru atau ibu bapa.

Hasil kebayakan kajian menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah banyak mendatangkan kesan positif kepada perkembangan kanak-kanak walaupun kadag-kadang terdapat juga kesan negatif yang wujud.

Isu??? Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Isu pertama yang akan dibincangkan ialah kesan pusat asuhan terhadap perkembangan kanak-kanak awal. Pusat asuhan mendatangkan kesan yang berbeza kepada terhadap perkembangan kanak-kanak. Ada kesan yang positif dan juga kesan negatif. Menurut Papalia(1990), kesan yang positif datang daripada pusat asuhan yang berkualiti seperti pusat –pusat yang diasaskan dan ditaja oelh universiti-universiti. Kesan yang positif ini dapat dilihat melalui tingkah laku yang dimiliki oleh kanak-kanak seperti aktif, bekerjasama, yakin, asertif, berdikari dan prososial.

Manakala bagi kesan negatif pula, dapat dilihat melalui tingkah laku seperti suka berkelahi, tidak mematuhi peraturan, menarik diri apabila memasuki pra sekolah dan sekolah rendah, agresif dan tidak akur.

Kanak-kanak akan mengalami perkembangan yang berbeza di pusat asuhan yang berbeza. Hasil daripada kajian-kajian lepas yang dipetik daripada beberapa buah buku dapat diringkaskan seperti berikut...

Perkembangan Kognitif dan bahasa


Kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan didapati menunjukkan perkembangan intelek yang lebih baik dan mengalami kadar kejayaan yang lebih tinggi di sekolah kelak (Burchinal et al, 1989). Interaksi di antara pengasuh yang banyak bercakap dengan kanak-kanak juga dapat memperkembangkan lagi bahasa percakapan kanak-kanak.

Perkembangan sosial dan emosi

Mengikut kajian Etaugh serta rakan-rakan (1980) mngatakan bahawa kanak-kanak yang berada dipusat asuhan didapati lebih mudah menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi berbanding dengan mereka yang diasuh di rumah. Namun begitu, perkembangan sosial kanak-kanak di pusat asuhan amat bergantung kepada kualiti dan kekerapan rangsangan verbal yang terdapat di pusat tersebut.

Kebanyakan kesan yang dibincangkan adalah berkenaan dnegan aspek kualiti sesebuah pusat asuhan terhadap perkembangan diri kanak-kanak. Lagi berkualiti sesebuah pusat asuhan lagi baik dalam membantu perkembangan seseorang kanak-kanak dan begitulah sebaliknya.

??? 3 sahaja...Selamat Menjawab...

1. Apakah faktor yang membantutkan pertumbuhan kanak-kanak pada peringkat kanak-kanak awal?

2. Apakah madsud “perkembangan motor” bagi kanak-kanak awal?

3. Apakah fungsi peniruan bagi peringkat perkembangan kanak-kanak awal?

21 soalan??? Selamat Menjawab...

1. Kemahiran motor terdiri daripada

a. Kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar
b. Kemahiran motor halus dan kemahiran motor sederhana
c. Kemahiran motor kasar dan kemahiran motor lembut


2. Pada usia 5 tahun ke atas, kanak-kanak perkeupayaan untuk melakukan aktiviti motor halus seperti,

a. Boleh melukis bentuk “diamond”
b. Menarik zip dan membutang baju
c. Melompat dengan menggunakan sebelah kaki


3. Perkembangan emosi kanak-kanak melibatkan 3 jenis keupayaan, berikut merupakan dua daripadanya, KECUALI

a. petafsiran emosi
b. peyimpanan emosi
c. pemaparan emosi


4. Kanak-kanak pada usia ini boleh mengenalpasti emosi yang dibuat-buat iaitu;

a. 3-5 tahun
b. 4-6 tahun
c. 2-5 tahun


5. Berikut merupakan kenyataan yang betul mengenai emosi kanak-kanak KECUALI

a. kanak mempunyai emosi negatif dan emosi positif
b. kawalan emosi kanak-kanak berorientasikan persekitaran dan pemikiran
c. kawalan emosi kanak-kanak berorinetasiakan situasi dan tingkah laku


6. Pada peringkat manakah kanak-kanak mula mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan social?

a. perkembangan kognitif
b. perkembangan fizikal
c. perkembangan sosial


7. Apakah yang dimadsudkan dengan perkembangan sosial kanak-kanak?

a. membolehkan kanak-kanak menjadi kreatif dan berimaginasi tinggi
b. melibatkan proses tumbesaran kanak-kanak secara berperingkat
c. merupakan satu proses yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dan mempelajari tingkah laku sosial.


8. Apakah yang kanak-kanak pelajari sepanjang proses sosialisasi oleh kumpulan sosial mereka?

a. arah tujuan kehidupan yang seterusnya
b. kemahiran sosial sesama mereka
c. tradisi, kepercayaan, nilai dan adat


9. Siapakah yang menerangkan perkembangan social manusia sebagi siri perkembanga yang terdiri daripada 8 peringkat yang berbeza?

a. Piaget
b. Vygotsky
c. Erikson


10. Pada peringkat apakah kanak-kanak mula sedar bahawa tujuan akan dapat dicapai melalui tindakan

a. Autonomi lawan Malu atau Sangsi
b. Berdaya Tindak lawan Rasa Bersalah
c. Percaya lawan Tidak Percaya


11. Apakah asas kepada Teori yang dikemukakan oleh Albert Bandura?

a. kemahiran sosial asas kepada perkembangan kognitif
b. kemahiran interaksi melalui kepada perkembangan kognitif
c. pembelajaran melalui peniruan


12. Apakah teori yang dikemukan oleh Albert Bandura?

a. Teori Psikososial
b. Teori Pembelajaran Sosial
c. Teori Pentaakulan Moral


13. Fungsi bermain bagi kanak-kanak adalah seperti berikut KECUALI

a. meningkatkan keupayaan fizikal
b. meningkatkan tahap IQ c
c. menyumbang kepada adaptasi social


14. Bilakah wujudnya kesedaran tentang diri dan peranan kejantinaan bagi kanak-kanak pada peringkat perkembangan awal?

a. usia 5 tahun
b. usia 3 tahun
c. usia 2 tahun


15. Pada usia 5 tahun, perkembangan peranan jantina bagi kanak-kanak mula berubah, mereka akan

a. memilih permainan yang menunjukkan ciri-ciri kejantinaan masing-masing
b. mula sedar tentang diri dan peranan kejantinaan
c. lebih cenderung kepada pergaulan sesama jantina


16. Berikut merupakan konsep persahabatan bagi kanak-kanak pada tahap 1 menurut Selman (1981), KECUALI

a. kawan adalah teman sepermainan semata-mata
b. kawan adalah mereka yang tinggal berdekatan dan berminat dengan aktiviti yang sama
c. persahabatan boleh dieratkan dengan tidak berkongsi alat permainan


17. Bagaimanakah kanak-kanak mentafsir pengalaman mereka

a. mereka mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka
b. mereka mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan fizikal mereka
c. mereka mentafsir mengikut perkembangan emosi dan persekitaran mereka


18. Kanak-kanak mungkin mewarnakan matahari dengan warna hijau, langit berwarna kuning, kereta terapung di awam dan sebagainya yang menunjukkan bahawa alam kognitif kanak-kanak adalah

a. penuh ceria dan warna-warni
b. kreatif, bebas dan imaginatif
c. sentiasa penuh dengan misteri yang tidak terungkai


19. Ahli psikologi yang manakah yang mengatakan bahawa, kanak-kanak berfikir berbeza daripada orang dewasa?

a. Erikson
b. Piaget
c. Sigmund Freud


20. Perkembangan moral biasanya adalah memfokus kepada

a. kajian terhadap pandangan masyarakat setempat terhadap tingkah laku
b. peraturan, budaya dan adat resam masyarakat tentang apa yang harus atau tidak harus dilakukan
c. pelanggaran peraturan yang akan diiringi dengan dendaan


21. Peringkat pertama perkembangan pentaakulan berlaku pada peringkat

a. peringkat perkembangan kanak-kanak awal
b. peringkat perkembangan kanak-kanak pertengahan
c. peringkat perkembangan kanak-kanak akhir