Emosi adalah perasaan atau komponen kesan dalam tingkah laku manusia( Lefrancois, 2001). Santrock (1998), mendefinisikan emosi sebagai perasaan atau kesan yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi (‘physiological arousal’) seperti degupan jantung yang laju dengan tingkah laku yang nyata seperti senyum atau menyeringai.
Emosi boleh diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu emosi yang positif dan emosi yang negatif. Emosi yang tergolong dalam kategori yang positif adalah rasa gembira, seronok, ghairah dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas, marah, sedih, rasa bersalah dan sebagainya. Kanak-kanak boleh dikatakan sering mengalami kedua-dua emosi ini serentak.
Perkembangan emosi kanak-kanak melibatkan 3 jenis keupayaan iaitu pentafsiran emosi, pengaturan emosi dan pemaparan emosi (Lefrancois, 2001)
i) Pentafsiran Emosi (‘Interpreting Emotion’)
Bayi yang memasuki usia 2 tahun menunjukkan beberapa tingkah laku yang menandakan mereka boleh memahami perasaan orang lain dan sedar bahawa tingkah laku mereka boleh mempengaruhi perasaan orang lain.
Keupayaan mentafsir emosi semakin berkembang apabila usia kanak-kanak semakin meningkat. Kanak-kanak yang berusia 3 tahun tidak mengalami banyak masalah dalam mentafsir emosi watak-watak dalam cerita bergambar yang dilihat olehnya atau diperdengarkan kepadanya. Mereka mentafsir emosi seseorang berdasarkan apa yang dilihat dan didengar oleh mereka.
Bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun, mereka tidak dapat membezakan emosi yang sebenar dan emosi yang dibuat-buat.
Apabila kanak-kanak mula memasuki prasekolah, keupayaan mereka mentafsir emosi orang lain bertambah tepat. Kanak-kanak yang berusia 3 hingga 5 tahun dapat mengenal emosi yang dibuat-buat dengan mudah. Pada masa ini, kanak-kanak sudah dapat memahami bahawa tingkah laku mungkin tidak selaras atau berbeza dengan perasaan dan motif yang dimiliki olehnya, seseornag mungkin tersenyum tetapi tidak bermakna ia sedang berasa gembira (Jas Laile Suzana, 2000)
ii) Pengaturan Emosi (‘Regulating Emotion’)
Keupayaan mengawal emosi kanak-kanak dapat dilihat semenjak mereka masih bayi lagi. Misalnya seorang kanak-kanak akan menutup mata, menghisap ibu jari atau membenamkan mukanya ke dada ibunya jika merasa takut. Kanak-kanak prasekolah yang mengalami perkembangan kognitif dan kemahiran sosial yang pesat semakin cekap dalam mengelakkan situasi yang boleh menimbulkan emosi yang negatif dan mencari atau mengekalkan emosi yang menyenangkan.
Kawalan emosi adalah berorientasikan situasi dan tingkah laku dan bukan berorientasikan kognitif atau pemikiran.
iii) Pemaparan Emosi (‘Displaying Emotion’)
Menurut Saami (1999) kanak-kanak menggunakan dua peraturan untuk memaparkan emosi iaitu: peraturan pemaparan prososial (‘pro social airplay rules’) dan peraturan pemaparan kendiri(‘self-protective display rules’). Peraturan pemaparan prososial menghasilakn tingkah laku yang digunakan untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain. Tingkah laku yang mewakili peraturan perlindungan kendiri pula terhasil daripada keinginan si pelaku untuk tidak menerima kesan yang tidak diingini daripada sesuatu situasi atau peristiwa. Kanak-kanak didapati mempunyai keupayaan untuk menggunakan kedua-dua peraturan ini dalam memaparkan tingkah laku emosi mereka.
Kajian mendapati emosi yang dipaparkan oleh seseorang selalunya tidak mencerminkan emosi sebenar orang itu. Pemahaman kanak-kanak tentang perasaan dan pemikiran orang lain adalah kurang jika dibandingkan dengan kanak-kanak pertengahan dan akhir. (Rotenberg Eisenberg 1997; Lefrancois 2001)

No comments:
Post a Comment