Thursday, February 15, 2007

Perkembangan Fizikal...

Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar pertumbuhan bayi. Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian berkurangan selepas berusia satu tahun.

Pertumbuhan Fizikal

Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti tinggi, berat dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah kesan daripada pengaruh faktor pewarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status sosio-ekonomi dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperti malnutrisi dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan kanak-kanak. Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak dari segi rasa rendah diri, kecewa dan masalah persahabatan...

Perkembangan Motor

Apabila kanak-kanak mencapai usia 2 tahun mereka bukan hanya boleh berjalan tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda, menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor ini boleh dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan kordinasi yang baik antara otot dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti makan dan memakai pakaian. Kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus yang telah dikuasai oleh kanak-kanak boleh dijelaskan dalam jadual dibawah…

No comments: