Saturday, March 17, 2007

Isu??? Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Isu pertama yang akan dibincangkan ialah kesan pusat asuhan terhadap perkembangan kanak-kanak awal. Pusat asuhan mendatangkan kesan yang berbeza kepada terhadap perkembangan kanak-kanak. Ada kesan yang positif dan juga kesan negatif. Menurut Papalia(1990), kesan yang positif datang daripada pusat asuhan yang berkualiti seperti pusat –pusat yang diasaskan dan ditaja oelh universiti-universiti. Kesan yang positif ini dapat dilihat melalui tingkah laku yang dimiliki oleh kanak-kanak seperti aktif, bekerjasama, yakin, asertif, berdikari dan prososial.

Manakala bagi kesan negatif pula, dapat dilihat melalui tingkah laku seperti suka berkelahi, tidak mematuhi peraturan, menarik diri apabila memasuki pra sekolah dan sekolah rendah, agresif dan tidak akur.

Kanak-kanak akan mengalami perkembangan yang berbeza di pusat asuhan yang berbeza. Hasil daripada kajian-kajian lepas yang dipetik daripada beberapa buah buku dapat diringkaskan seperti berikut...

Perkembangan Kognitif dan bahasa


Kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan didapati menunjukkan perkembangan intelek yang lebih baik dan mengalami kadar kejayaan yang lebih tinggi di sekolah kelak (Burchinal et al, 1989). Interaksi di antara pengasuh yang banyak bercakap dengan kanak-kanak juga dapat memperkembangkan lagi bahasa percakapan kanak-kanak.

Perkembangan sosial dan emosi

Mengikut kajian Etaugh serta rakan-rakan (1980) mngatakan bahawa kanak-kanak yang berada dipusat asuhan didapati lebih mudah menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi berbanding dengan mereka yang diasuh di rumah. Namun begitu, perkembangan sosial kanak-kanak di pusat asuhan amat bergantung kepada kualiti dan kekerapan rangsangan verbal yang terdapat di pusat tersebut.

Kebanyakan kesan yang dibincangkan adalah berkenaan dnegan aspek kualiti sesebuah pusat asuhan terhadap perkembangan diri kanak-kanak. Lagi berkualiti sesebuah pusat asuhan lagi baik dalam membantu perkembangan seseorang kanak-kanak dan begitulah sebaliknya.

No comments: