Saturday, March 17, 2007

MENDISIPLIN ANAK-ANAK
'Untuk mentadbir manusia, seseorang itu perlu mempunyai fikiran tajam beralaskan baldu.'- George Elliot
Menguruskan manusia memerlukan seseorang itu menggunakan kedua-dua minda dan jiwanya. Setiap pengurus harus memahami pekerjanya sebelum difahami. Begitu juga apabila seseorang itu mendisiplin anak-anak.
Gaya disiplin yang sebaik-baiknya digunakan bagi menangani kerenah anak-anak adalah gaya disiplin yang seimbang atau ‘authoritative’. Ibu bapa sedemikian tegas tetapi lembut. Tegas dalam menetapkan batasan tetapi lembut di dalam penyampaiannya.
Tegas tidak bermakna mengawal atau mengganggu pergerakan anak-anak. Sebaliknya, ibu bapa mengawas dan menyampaikan dengan jelas jangkaan dan peraturan yang dikehendaki tetapi pada masa yang sama, memberi anak-anak kebebasan untuk membuat pilihan, penjelasan dan peluang. Ibu bapa seperti ini juga boleh diajak berbincang dan sentiasa membuka luas ruang untuk berkomunikasi dengan anak-anak.
Menguruskan anak-anak dengan cara ini memberi mereka peluang untuk belajar dari kesilapan tanpa dicemuh atau diejek. Ini dapat membantu mereka membina keyakinan diri yang tinggi serta menggunakan daya pemikiran untuk membuat sebarang keputusan.

1 comment:

Anonymous said...

sy ada seorang adik ipar yg berumur 7 tahun dan anak berumur 3 tahun...sy takut anak sy terpengaruh dengan sikap adik ipar sy yg hiperaktif ini...adik ipar sy seorang yang nakal dan suka memaki sesiapa sahaja termaksuklah ibu mertua sy sendiri...dgn abngnyer berumur 11 tahun juga dia selalu bertumbuk..mcm mana nk ubah peranngai kanak-kanak seperti itu????apa cara yang sesuia iuntk kite mngajar kanak-kanak tersebut??