Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan ornag lain mengikut cara yang boleh diterima oelh sesuatu masyarakat dan budaya.
Perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka.
Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai dan cara mentafsir emosi dan tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.
Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun begitu, terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.