Masalah keruntuhan rumah tangga atau penceraian tidak boleh lagi dipandang ringan kerana ia telah membawa kesan yang negative terhadap perkembangan kanak-kanak terutamanya dari aspek sosial dan emosi.
Kanak-kanak amat menderita apabila ibu bapa mereka berpisah. Pelbagai perasaan yang bercampur baur akan dialami oleh kanak-kanak seperti terkejut, sedih, keliru, marah, benci, kecewa, gagal dan ragu-ragu. Kesan peceraian ini adalah mencakupi kesan terhadap emosi, sosial dan tahap pencapaian dalam persekolahan.
Tindak balas kanak-kanak terhadap penceraian mengikut perkembangan usia mereka (Hetherington, 1986) Bagi kanak-kanak awal atau prasekolah( 2- 6 ½ tahun) kebiasaannya mereka akan merengek, menangis, tidak boleh tidur, kencing malam dan bagi yang lebih berusia (4 tahun ke atas) menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif seperti suka bergaduh. Mereka berasa bersalah dan menganggap diri mereka menjadi punca kepada penceraian ibu bapa. Mereka mempunyai dua jenis fantasi iaitu sama ada mereka akan terus ditinggalkan atau ibu bapa mereka akan berbaik semula.
‘Keruntuhan keluarga melahirkan generasi yang merosakkan dan kekosongan jiwa akibat tiada belaian kasih sayang.’- Mustafa Hj. Daud
No comments:
Post a Comment