KOMUNIKASI
'Perkara penting di dalam komunikasi adalah keupayaan mendengar apa yang tidak diucapkan'
- Peter F. Drucker
- Peter F. Drucker
Komunikasi merangkumi pertuturan, ekspresi wajah dan juga pergerakan badan. Tetapi, 93% daripada sistem komunikasi adalah suara, pergerakan badan serta intonasi. Ini bermakna untuk mendengar apa yang dituturkan, anda harus mendengar apa yang tidak dituturkan.
Perubahan pada ekspresi wajah anak dan tingkah lakunya tidak harus diambil ringan. Ibu bapa harus peka dengan perubahan sikap anak-anak ini. Ada kalanya, anak-anak tidak mahu berterus-terang untuk menceritakan apa yang telah dilaluinya, sama ada baik mahupun buruk.
Perubahan yang dipamerkan ini adalah gambaran tentang masalah dan pergolakan yang mungkin dihadapi oleh anak. Jika perubahan pada sikap atau kelakuannya berlaku secara tiba-tiba, tindakan yang sewajarnya diambil oleh ibu bapa adalah untuk menyiasat apa yang telah berlaku.
Sebaik-baiknya, ibu bapa boleh duduk berbincang dengan anak secara empat mata, dan hati ke hati. Tumpukan kepada isu yang penting, iaitu masalahnya. Jangan dihakiminya atau memberikan nasihat dengan melulu. Dengarkanlah rintihan hatinya dengan minda yang terbuka.
Dengan cara begini, anak dapat merasakan bahawa ibu bapa mengambil berat untuk menyelesaikan masalahnya bersama-sama. Jangan biarkan anak itu mencari penyelesaian di luar rumah kerana ia bukanlah suatu kepastian bahawa anak itu akan dapat mencari ketenangannya di luar.
No comments:
Post a Comment