Saturday, March 17, 2007

KASIH SAYANG

Belaian kasih sayang amat diperlukan dalam membina sebuah keluarga walau sekalipun berlaku keretakan di dalam rumah tangga ataupun kehidupan seorang ahli keluarga. Bagaimanapun, kekosongan ini mesti diisikan supaya anak selamat.

Di dalam keluarga berangkai, anak-anak ini dikelilingi oleh ahli keluarga lain seperti datuk, nenek ataupun ibu dan bapa saudara yang memberikan perhatian serta melimpahkannya dengan kasih sayang di saat-saat kesukaran seperti ini.

Nilai-nilai murni serta semangat kekeluargaan yang diterapkan oleh datuk, nenek serta ahli keluarga lain dapat membantu anak ini merasakan bahawa dirinya berharga dan penting. Ikatan yang kuat di dalam keluarga berangkai inilah yang akan dapat memantapkan emosi anak ini.

Dengan berkongsi nilai, tradisi, adat serta adab antara generasi, ikatan kekeluargaan dapat dikukuhkan lagi dan kekosongan jiwa anak ini akan terisi.

No comments: