Aktiviti bermain boleh dikatakan aktiviti yang digemari oleh semua kanak-kanak. Bermain walaupun tidak mempunyai tujuan atau matlamat yang nyata, tidak bermakna bermain itu tidak mempunyai kepentingan dan faedah. Menurut Santrock(1998), bermain meningkatkan peluang kognitif dengan rakan sebaya, meleraikan ketegangan, meningkatkan perkembangan kognitif (Piaget, 1962) dan penerokaan terhadap dunia luar.
Bermain juga meningkatkan peluang bercakap dan berinteraksi di antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain. Ketika interaksi dalam permainan inilah, kanak-kanak mempraktiskan pelbagai peranan yang dimainkan olehnya pada masa akan datang.
Bermain mempunyai pelbagai fungsi. Bermain melibatkan aktiviti fizikal dan motor adalah berguna untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan kemahiran fizikal dan juga menyumbang kepada adaptasi sosial. Menurut Piaget, manipulasi objek secara fizikal yang sebenar berkait rapat dengan perkembangan ‘idea’ tentang objek atau benda. Sumbangan aktiviti bermain yang melibatkan daya imaginasi adalah ternyata bersifat intelektual kerana melakukan imaginasi melibatkan keupayaan kognitif yang penting berhubung dengan simbolisasi, peniruan dan membuat pertimbangan dan penyelesaian masalah.

No comments:
Post a Comment