Saturday, March 17, 2007

Perkembangan sosial

Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan kognisi sosial, persahabatan dan hubungan rakan sebaya. Menurut Erikson(1968) peniruan merupakan cara yang penting bagi kanak-kanak untuk belajar bersosialisasi. Pembelajaran melalui peniruan merupakan asas kepada Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Albert Bandura. Peniruan dalam perkembangan sosial merujuk kepada cara kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial dan kecenderungan sosial seperti kerjasama dan saingan. Kadang-kadang, kanak-kanak juga meniru tingkah laku negatif seperti keganasan dan tingkah laku anti sosial yang lain. Oleh itu, orang dewasa harus memastikan model yang ditiru adalah model yang baik dan dalam konteks perkembangan sosial, model yang baik ialah model yang menunjukkna tingkah laku prososial.Proses yang berlaku selepas peniruan ialah identifikasi. Dalam proses identifikasi, kanak-kanak bukan sahaja meniru model, tetapi juga menganut nilai dan kepercayaan model. Kanak-kanak akan menjadi seperti model yang dipilih.

No comments: