Saturday, March 17, 2007

Lev Vygotsky? Siapa???

Mengikut Vygotsky perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak tidak berlaku dalam vakum sosial.

‘Zone of proximal development’ merupakan tugas yang sukar untuk dikuasai oleh kanak-kanak bersendirian. Mereka perlu bimbingan dan bantuan orang dewasa atau kanak-kanak yang berkemahiran untuk menguasai tugas itu.

Bahasa dan pemikiran berkembang secara bebas pada awalnya tetapi kemudian bercantum. Percantuman ini berlaku pada umur antara 3 hingga 7 tahun dan melibatkan percakapan dalaman (‘inner speech’)

Budaya dan masyarakat. Teori Vygotsky menekankan bagaimana minda kanak-kanak berkembang dalam konteks sosiobudaya. Kemahiran kogntif meningkat melalui interaksi sosial yang terdapat dalam budaya.

Kenapa Kita Perlu Tahu Tentang Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Awal?

Pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak membolehkan ibu bapa dan guru merancang aktiviti yang sesuai mengikut tahap perkembangan mereka serta mengenal pasti keunikan mereka.

1 comment:

Anonymous said...

ativan generic 4 mg ativan side effects - ativan dosage dental surgery