Menurut Selman(1981) pada peringkat P.O- Pandangan Egosentrik iaitu (0-6 tahun), kanak-kanak tidak sedar tentang kewujudan perspektif dna peranan orang lain. Mereka menjelaskan perasaan orang lain berdasarkan pengalaman diri mereka. Misalnya, jika dia suka kucing, dia akan menganggap orang lain juga suka kucing.
Dari segi persahabatan, Selman (1981), konsep persahabatan bagi kanak-kanak awal adalah berbeza berbanding kanak-kanak pertengahan dan kanak-kanak akhir. Pada tahap 1(5-7 tahun) dalam hubungan persahabatan, kawan adalah teman sepermainan semata-mata. Sahabat adalah mereka yang tinggal berdekatan dan mempunyai banyak alat permainan serta berminat kepada aktiviti yang sama. Persahabatan boleh dieratkan melalui pemberian dan perkongsian alat permainan dan persahabatan mudah dimulakan tetapi mudah pula terputus.

No comments:
Post a Comment