Saturday, March 17, 2007

Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Alam kognitif kanak-kanak awal atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif. Contohnya dalam lukisan, mereka mungkin mewarnakan matahari hijau dan langit kuning, kereta terapung di awam, burung bermian dengan buaya dan manusia menyerupai orang-orangan( scarerow). Kanak-kanak peringkat ini juga terlalu egosentrik dari segi pemikiran. Mereka melihat pemiiran dari perspektif diri sendiri dan belm berupaya melihatnya dari perspektif orang lain. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa pemikiran juga meningkat mengikut siri peringkat yang bertambah kompleks.

Minat tentang perkembangan kognitif kian meningkat apabila kesedaran wujud di kalangan penteori bahawa kanak –kanak berfikir berbeza dari segi kualitatif dan kuantitatif berbanding orang dewasa. Kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka. Bukan sahaja mereka kurang berpengetahuan secara kuantitatif tetapi pengetahuan mereka berbeza dari segi kualitatif. Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi zaman awal dan pertengahan kanak-kanak.

No comments: