Saturday, March 17, 2007

Pentaakulan Moral – Lawrence Kohlberg

Kohlberg mengatakan bahawa perkembangan moral pada asasnya berdasarkan pentaakulan moral dan dinyatakan mengikut peringkat. Sebelum umur 9 tahun kebanyakan kanak-kanak mentaakul tentang dilema moral pada peringkat pra konvensional dimana, peringkat perkembangan moral ini adalah paling rendah. Kanak-kanak tidak menunjukkan berlakunya penghayatan nilai moral. Pentaakulan moral dikawal oleh ganjaran dan dendaan luaran.

Tahap 1 – Orientasi Dendaan dan Ketaatan – Pemikiran moral kanak-kanak berasaskan dendaan. Mereka taat kerana orang dewasa menyuruh mereka berbuat demikian.

Tahap 2 – Individualisme dan Tujuan – Pemikiran moral berasaskan ganjaran dan kepentingan diri. Kanak-kanak mengikut kata apabila mereka hendak mengikut kata dan jikalau mengikut kata itu memenuhi kepentingan mereka.

Kohlberg lebih cenderung untuk mengetahui bagaimana kanak-kanak mentaakul tentang situasi dilema itu dan bukan jawapan yang diberi.

Perkembangan moral memfokus kepada peraturan dan adat resam masyarakat. Bagi memahami perkembangan moral kanak-kanak perkara-perkara yang kita perlu tahu ialah:

a. Bagaimana kanak-kanak berfikir atau mentaakul.
b. Bagaimana kanak-kanak bertingkah laku dari segi moral
c. Apakah perasaan mereka tentang situasi moral itu

1 comment:

Anonymous said...

http://markonzo.edu perfect design thanks ashley furniture [url=http://jguru.com/guru/viewbio.jsp?EID=1536072]ashley furniture[/url], vhprybp, allegiant air [url=http://jguru.com/guru/viewbio.jsp?EID=1536075]allegiant air[/url], glysol, pressure washers [url=http://jguru.com/guru/viewbio.jsp?EID=1536078]pressure washers[/url], ojbditg, dishnetwork [url=http://jguru.com/guru/viewbio.jsp?EID=1536080]dishnetwork[/url], xiivlor, adt security [url=http://jguru.com/guru/viewbio.jsp?EID=1536076]adt security[/url], qoddre,