Saturday, March 17, 2007

Perkembangan Pentaakulan Moral – Jean Piaget

Peringkat perkembangan kanak-kanak awal merupakan peringkat pertama perkembangan
pentaakulan yang dinamakan ‘heteronomous morality’. Pentaakulan ini berlaku apabila kanak-kanak berumur antara 4 hingga 7 tahun. Kanak-kanak menilai tingkah laku betul atau salah dengan menimbang akibat langsung ( consequence ) tingkah laku itu dan bukan tujuan individu itu. Contohnya, tingkah laku memecah 12 biji cawan dengan tidak sengaja adalah lebih jahat daripada memecah sebiji cawan dengan sengaja kerana bertujuan mencuri coklat kegemaran yang berada di dalam cawan itu.
Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak berfikir bahawa keadilan dan peraturan sememangnya wujud dan tidak boleh diubahdan dikenakan oleh autoriti. Mereka berfikir bahawa keadilan berada di mana-mana (‘immanent justice’), iaiitu aapabila melanggar peraturan, seseorang itu akan didenda serta merta. Mereka percaya melanggar peraturan berkait secara automatik dengan dendaan. Oleh itu kanak-kanak akan berasa risau apabila melakukan kesalahan kerana mereka tahu akan didenda.

1 comment:

Anonymous said...

Great work.